Tuesday, May 17, 2011

stresssss.....takut dan risau lak aku baca artikel ni...streaaa...plss go away...

just copy n paste...
ibu2 mengandung yg lain leh jugak jadikan bahan rujukan....
selamat membaca...

Ibu menunjukkan reaksi stress ketika kandungan 5 bulan dengan memaki hamun serta memperkatakan  perkara-perkara yang tidak baik, dikhuatiri akan memberi impak emosi kepada bayi yang dikandungnya.


Para alim ulama menasihati kita tentang perlunya ibu-ibu memperkatakan sesuatu yang baik dan banyak membaca al-Quran ketika mengandung.


Masyarakat India yang beragama Hindu juga mempercayai bahawa ibu yang mengandung perlu dijaga supaya tidak memudaratkan kandungannya.Oleh itu, masyarakat India melarang sekiranya mengejutkan ibu mengandung bangun dari tidur dengan cara menggoyang-goyangkan badannya.Ia dikhuatiri akan mendatangkan rasa terkejut pada ibu yang boleh menimbulkan tekanan (stress) dan memudaratkan bayi yang dikandung. Cara yang mereka cadangkan ialah dengan menguis badannya perlahan-lahan atau membiarkan dia terus tidur.

Pengalaman seharian menunjukkan bahawasanya jika seorang suami mencederakan isterinya ketika mengandung dengan melakukan penganiayaan fizikal berulang-ulang kali, maka anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Adakah ini benar?

Kebanyakan kajian perubatan yang dijalankan untuk menjawab persoalan di atas, didapati menuju kepada suatu kesimpulan yang sama iaitu; sekiranya ibu menghadapi masalah psikologi ketika mengandung, ia akan memberi kesan kepada kandungannya.Ini akan menyebabkan bayi tersebut lahir tidak cukup bulan dan kurang berat badan. (Pagel 1990 & Copper 1996).



Mengapakah terjadinya demikian? Tentu sekali sebab-musababnya hanya Allah Ta'ala sahaja yang mengetahui.


Suatu penjelasan yang mungkin adalah kerana meningkatnya hormon stress dalam diri ibu mengecilkan saluran darah ke rahim, sehingga mengurangkan aliran darah kepada bayi. Kekurangan aliran darah akan seterusnya membina tindak balas tekanan (stress) dalam diri bayi.

Bayi yang mengalami tekanan (stress) akan terdedah kepada risiko lahir tidak cukup bulan, kurang berat badan berbanding usia kandungan yang sebenar.

Keadaan ini menimbulkan masalah kesihatan dan penjagaan setelah lahir kerana mereka mudah terdedah kepada infeksi kuman. Bayi ini juga didapati lebih beremosi dan memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa.Keadaan ini melahirkan lingkaran kemiskinan (vicious cycle) yang berputar di dalam suatu pusingan.

Setelah mengetahui hubung kait di antara tekanan (stress) semasa mengandung dengan emosi bayi kita seharusnya berfikir bagaimana untuk menghalang tekanan (stress) di dalam diri ibu-ibu yang mengandung.

Ibu-ibu haruslah menjaga kesihatan mereka. Ini termasuklah mengambil makanan yang seimbang. Ini penting supaya ibu dan bayi yang dikandung, sihat secara fizikal.


Rancang supaya anda mempunyai rehat yang mencukupi terutama ketika badan keletihan di siang hari.

Anda perlu mempunyai tidur yang cukup di malam hari.

Tentu sekali, jika anda mempunyai pilihan, elakkan tekanan berlebihan di dalam hidup anda. Amalkan cara kehidupan yang riang dengan memberi banyak senyuman dan ketawa. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, moga-moga Allah akan melipatgandakan rezeki dan peluang yang akan anda kecapi.



Sebagai seorang yang paling hampir dengan isteri, suami boleh memainkan peranan yang penting untuk membantu mengurangkan stress.



Menolong isteri melakukan kerja rumah atau melayan anak-anak dapat memberi ruang kepada isteri untuk berehat. Ini secara tidak langsung membantu mengurangkan tekanan (stress) kepada bayi di dalam kandungan.


Suami boleh memberi sokongan emosi yang besar kepada isteri dengan menjadi seorang pendengar kepada permasalahan yang dihadapi oleh isteri. Kaunselor yang paling berkesan bagi isteri adalah SUAMI

Majikan yang bersimpati juga boleh membantu mengurangkan bebanan tugas ketika di tempat kerja..

Di samping membolehkan mereka bersedia untuk saat-saat kelahiran, ia membantu mengurangkan tekanan 'pada saat-saat akhir'.

1 comment:

Asyik Izas said...

Tahniah mai..semoga sihat2 hendaknya..:)